Isnin, 18 November 2019

Ebook: 21 Cerita Murah Rezeki

“Baru saya perasan, kenapa bisnes saya semakin berkembang dalam beberapa tahun ini, tuan.”

Beliau duk ceritakan kisahnya yang pada mula-mula membuka bisnes jual nasi lemak waktu pagi, beliau tak ada sangat nak bantu keluarga walau duduk berjiran dengan emak ayahnya. 

Oleh kerana beliau ada sakit berangkai, darah tinggi, kencing manis dan jantung, maka beliau diminta untuk berhenti kerja (kerap sakit). Dan beliau berniaga dengan isteri di kawasan rumahnya. 

Yang beliau biasa buat ialah beliau beli sebungkus roti Gardinea yang panjang (loaf yang panjang) dan hantar ke rumah emaknya pada setiap 2-3 hari. Ia kerana emaknya ramai jaga cucu dan budak-budak akan makan roti itu dengan jem atau peanut butter.

Beliau kata beliau hanya mampu buat yang itu awal dulu. Sampailah sekarang, di rumah emaknya, semua hal dalam peti ais, beliau yang penuhkan. Ikan, ayam, daging, semua beliau.

Kata beliau, 

“Memberi ini tak kisah besar atau kecil. Yang penting beri sahaja dulu. Waktu kita kecil, beri kecil, waktu kita besar, beri lebih besar. Buat sahaja. Kerana Allah ada pemberian yang lebih besar buat kita iaitu syurga.”

Hari ini, beliau antara yang punya 4 restoran besar di sekitar Lembah Klang. Masya-Allah. Hebatnya.

Ini antara kisah kecil yang boleh kita ambil manfaat. Ada lagi 21 kisah yang boleh kita pelajari bagaimana orang-orang berjaya ini ada “benda” yang mereka duk buat dan itu yang memudahkan kehidupan mereka dalam berniaga dan bekerja.

Kalian perlu ada ebook ini, wajib! Lekas dapatkannya ya! 

Klik sini:
https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/931