Rabu, 6 Mei 2020

Siri Buku thriller


*COPYWRITING SIRI AKADEMIK THRILLER*

Pelajar stress dan depresi. Sampai sanggup beli soalan bocor. Menipu sewaktu periksa dengan pelbagai taktik dan helah. Segalanya semata-mata mahu mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan. Malah ada yang jadi tertekan perasaan?

Itulah yang berlaku masa kini. Remaja kita dibebankan dengan persepsi bahawa manusia hanya boleh berjaya jika cemerlang akademiknya. Jika tidak pandai? Pasti dipandang rendah dan hina. 

Sebenarnya objektif belajar itu mestilah kerana dahagakan ilmu dan mencari berkatnya. Bukan mahu dambaan dan pujian manusia semata. 

SIRI AKADEMIK THRILLER ini sarat pengajaran dan peringatan, bahawa akademik memang sasaran utama hidup seseorang... namun jangan dilupa aspek agama, keluarga dan resam masyarakat yang sepatutnya.

Sinopsisnya sangat menarik, antaranya:

*A atau Mati*
Bayangkan sebuah dunia dengan sistem pendidikan yang berlainan. Ia dipanggil peperiksaan merah. Jika dapat gred A, calon akan dibenarkan terus hidup. Jika tidak? Maka akan menerima hukuman iaitu merasai kematian! Maka setiap pelajar belajar dalam ketakutan. Bukan kerana cintakan ilmu, tetapi kerana tekanan. Ia simbolik dengan apa yang kita lihat sekarang... anak-anak belajar kerana takut hukuman dan dimarahi ibu bapa. Akhirnya? Ilmu itu tidak ke mana... 

*B UNTUK BUNUH*
Terlalu mengejar tawaran biasiswa... sehingga seorang pelajar sanggup menyingkirkan setiap pesaing dengan apa cara sekalipun... sehingga membunuh! Itu bersamaan realiti dunia masa kini... pelajar kita sanggup buat apa sahaja demi sekeping sijil pengiktirafan akademik. Menipu guru. Membawa nota secara rahsia. Itulah dosa demi dosa yang sanggup dipikul, semata-mata mahu terlihat hebat dalam akademik. Akibatnya, ilmu tidak berkat, hidup pun tidak senang seperti yang diharap.

*C KENA CULIK*
Ini satu-satunya siri kelakar yang mendebarkan. Apabila sekumpulan murid marah kerana asyik dapat markah C... mereka akhirnya merancang mahu menculik guru sendiri! Lalu perancangan dibuat... satu demi satu peta minda dilakar. Ish... orang sibuk belajar, dia sibuk mahu membalas dendam! Bacalah buku ini... ada kejutan terakhir pada penghujung misi. Paling penting, ia memberi peringatan... dalam mencari ilmu pengetahuan, penghormatan kepada seorang guru itu amat penting ya!

*D MACAM DAJAL* 
Kisah 2 dalam 1... tentang peperiksaan dan pembulian. Ia dua rencah utama ketika di alam persekolahan. Tambah-tambah lagi di sekolah berasrama penuh, di mana senior-senior begitu berkuasa dan dominan. Ia tentang kumpulan bernama DAJAL yang membuli adik-adik junior setiap masa dan ketika. Sehinggalah ketika kumpulan DAJAL menghadapi peperiksaan genting SPM, kali ini mereka pula menerima padah apabila disabatoj teruk oleh semua junior yang pernah dibuli sepanjang di asrama. Buku bertemu ruas, barulah mereka faham perasaan pihak yang dianiaya. 

Belikanlah siri AKADEMIK THRILLER ini buat anak-anak remaja yang bersekolah menengah. Mereka pasti dapat 1001 pengajaran berharga di samping menahan debar di dada membaca novel-novel thriller.

Tambah hebat kali ini, ada promosi sempena PKP... dengan setiap pembelian 4 buku dalam siri ini, pembeli akan dapat 1 novel percuma bernilai RM12. 

Call atau Whatsapp 013-6844409 @ klik link wasap.my/60136844409/bukuthriller

Isnin, 4 Mei 2020

Kisah 4 sahabat Nabi

Setiap satu judul buku Siri Kisah 4 sahabat Nabi telah dicetak 5,000 naskah. Kita ambil kisah-kisah penting dalam kehidupan sahabat nabi yang 4 ini, kita kongsikan dalam bentuk penceritaan yang sesuai untuk remaja.

BLINK BOOK memang sudah terkenal dengan novel-novel untuk remaja. Kali ini kami perkenalkan buku dalam kategori buku agama pula. 

Alhamdullilah, sambutannya sangat bagus. Ramai ibubapa membeli SET 4 BUKU ini. Ia produk laku keras semasa menghampiri bulan Ramadan ini.

Bukan senang nak siapkan buku-buku ini. Buku sejarah Islam ini kami turunkan laras bahasa dan penceritaan agar sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
.
Namun masih kekal ditulis menggunakan bahasa melayu lengkap. Tiada perkataan singkat, kontot, caca merba.
.
Setiap bahan rujukan disertakan agar ianya menjadi ilmu juga kepada pembaca remaja kita.

Insha-Allah, hari ini saya nak berikan tawaran hebat kepada yang membaca post saya. Saya mahu berikan hadiah buku percuma bagi sesiapa yang membeli SET BUKU SAHABAT NABI ini. 

Jika tiada anak remaja di rumah, ibubapa pun boleh baca, atau hadiahkan sahaja kepada anak-anak saudara, saya boleh tolong hantarkan guna pos laju.

Moga ramai yang mendapat manfaat. Marilah hubungi saya, klik sini wasap.my/60136844409/setsahabatnabi

Set sahabat

Warna-warni hidup remaja,  bergaduh dan berbaik itu lumrah berkawan dengan semua. Percayalah... ketika zaman remaja ini memanglah sahabat yang paling penting dan utama. 

Inilah set buku yang ada pelbagai rasa:

💗 Kisah sahabat yang mengembara ke Korea bersama. 

💗 Coretan sketsa hidup di asrama yang pelbagai ragam masam dan manisnya.  

💗 Ada cerita manusia berkawan dengan kucing pada kala tiada insan lain yang memahaminya.

Apa yang penting... semua buku-buku ini  menerapkan nilai-nilai murni. Hormat menghormatilah sesama rakan biar kekal silaturrahim sepanjang masa. Ini kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadith Riwayat Bukhari)

Berminat? Klik wasap.my/60136844409/sirisahabat

Jumaat, 24 April 2020

Membaca itu bosan?


Membaca itu Bosan? Ikuti 3 Langkah Ini Untuk Mengatasinya


.
Kebolehan membaca dan menulis amat penting kerana kebolehan ini menjadi kunci kepada perkembangan daya imaginasi, berkomunikasi dan membantu anak memperoleh maklumat.

.
Namun tidak dinafikan aktiviti membaca ini jika tak kena gaya boleh menyebabkan BOSAN kepada anak-anak anda.

.
Untuk atasinya, ikuti 3 Langkah ini:

1⃣ Sediakan Bahan Bacaan Sesuai Mengikut Umur

Tips ini amat penting untuk mengukur tahap kesesuaian penerimaan anak-anak terhadap bahan bacaan yang akan dibaca. Pastikan anda memilih bahan bacaan yang bersesuaian untuk menarik minat anak-anak.

.
2⃣ Jadikan Aktiviti Membaca Lebih Menyeronokkan

Anda boleh mencuba untuk gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza apabila membacakan buku kepada anak-anak. 

.
3⃣ Selang-selikan Aktiviti Lain 

Selitkan juga aktiviti seperti menulis dan mewarna semasa membaca untuk menarik minat anak anda. 😊

.
Anda juga boleh mencuba memberi bahan bacaan seperti buku yang sarat dengan ilustrasi menarik yang berwarna-warni supaya anak anda lebih teruja ketika membacanya.

.
Jika anda mahukan bahan bacaan seperti itu, saya ada ebook PERCUMA bertajuk "Buku Ramadhan Saya" yang amat sesuai untuk anak anda gunakan semasa berpuasa.

.
Ebook ini 100% PERCUMA dan anda boleh dapatkan pautan akses di link bit.ly/suerich2020

Khamis, 23 April 2020

Ebook percuma: Buku Ramadhan Saya


3 Aktiviti Di Rumah Bersama Anak.

.
Anak-anak yang bergerak aktif adalah petanda kepada anak-anak yang sihat dan bijak. Tetapi tidak dinafikan kita pasti akan risau jika anak-anak terlalu aktif dan lasak sehingga boleh menyebabkan kecedaraan.

.
Baiklah, mari saya cadangkan 3 aktiviti yang pastinya selamat dan santai untuk membantu anak-anak kekal aktif dan bermanfaat untuk perkembangan minda mereka.

.
1- Bermain Permainan Board Games Interaktif

Antara permainannya adalah seperti sahibbah, jutaria, saidina, chess dan sebagainya. 

Secara tak langsung, aktiviti ini membantu anak-anak berfikir secara kreatif dan kritis ketika membuat keputusan.

.
2- Aktiviti Mewarna

Aktiviti ini dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka sehingga mereka dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini.

.
3- Bercerita menggunakan role play

Permainan role play ini baik untuk melatih anak anda akan peranan orang lain.

Permainan ini juga dapat melatih anak anda berkomunikasi dengan baik dan sangat digalakkan mempelbagaikan penggunaan bahasa untuk melatih anak-anak anda.

.
Selain 3 aktiviti yang telah saya cadangkan dan bersempena Ramadhan yang bakal disambut esok, anda juga boleh mendapatkan ebook PERCUMA keluaran Dr Azuraida yang bertajuk "Buku Ramadhan Saya".

.
Ebook ini sangat sesuai untuk anak-anak anda kerana ia sarat dengan ilmu tentang puasa, penceritaan yang menarik dan santai yang pastinya membantu anak-anak anda memahami puasa dengan mudah.

.
Untuk mendapatkan Ebook PERCUMA ini, klik link ini 

Sabtu, 18 April 2020

Anda suka kucing?

Berita baik! Kajian menunjukkan membela seekor kucing boleh mengurangkan kadar stress seseorang.

Mengelus bulu kucing yang lembut lagi gebu dan menerima reaksi kedip-kedip mata si comel akan membuatkan seseorang itu kurang berisiko terkena serangan jantung dan strok!

Buat pencinta kucing di luar sana, apa kata ajarkan anak-anak seawal usia untuk menyayangi si manja. Dapatkan buku siri KUCING PALING - buku yang penuh aksi, info dan menghiburkan. Bacalah:

Kisah Kucing Paling Diva - Bayangkan hidup seekor kucing yang mewarisi segala kekayaan tuannya. Apabila seorang Datin Seri tiada zuriat anak, maka diwasiatkan semua harta buat si bulu kesayangan. Maka jadilah si kucing itu... kucing paling kaya dan paling diva di Malaysia! Tetapi ada saudara terdekat yang cemburu dan berdendam, maka si meow sila berjaga-jaga...

Cerita Kucing Paling Seram - Benarkah kucing hitam itu jelmaan hantu? Benarkan kucing hitam pembawa malang? Bacalah kisah ini dan perbetulkan persepsi tahyul. Tiada hantu dalam dunia, hanya gangguan jin dan syaitan semata-mata. Dan jangan sesekali salahkan kucing hitam yang comel sebenarnya!

Haa....  suruhlah anak-anak baca kisah-kisah ini.  Laras bahasa terjaga, mengetahui info berguna. Paling penting, menjadikan anak-anak lebih empati dan penyayang orangnya.

Harga tiga buku amat berpatutan, ada promosi istimewa lagi...  beli 3 percuma 1 novel lain pula! Ia khas sempena tempoh PKP sahaja. 

Jadi cepat-cepat Whatsapp link wasap.my/60136844409/novelkucing

Siri Buku Dakwah untuk gadis remaja


Tuan Puan ada anak gadis berusia 10 hingga 17 tahun yang terkurung sewaktu PKP ini di rumah? Asyik tonton filem Korea? Menghadap hiburan semata-mata?

Marilah tiupkan roh semangat Ramadan kepada mereka. Berikanlah hadiah set buku agama SIRI USTAZAH SENTAP!

Apa kandungan dalam buku ini? Bukan ceramah membosankan ✖️. 
Bukan buku agama serius yang buatkan anak-anak tidak faham ✖️. 

Ia kisah menarik seorang gadis penghafal Quran, belajar di madrasah Indonesia. Tiba-tiba perlu berpindah ke Kuala Lumpur.

Menetap di tengah bandar, dia terkejut dengan budaya remaja KL yang lepas laku, terlebih sosial, tidak menutup aurat dan bertepuk tampar bebas antara lelaki perempuan. 

Kisah ini kelakar sebab cara dakwahnya begitu unik.  Contoh: 

🌟 Diletakkan sempadan pada meja kantin sekolah, biar lelaki perempuan tak duduk semeja. 

🌟 Dirampas dan dibakar semua seluar sukan atlet lelaki sekolah kerana tak tutup lutut.

🌟 Dibaldikan kepala pelajar-pelajar perempuan yang tak bertudung.

Dakwahnya pelbagai hingga sentap orang sekitar! Paling utama dia mahu menyedarkan:

Gadis-gadis... tutuplah aurat dengan sempurna. Bukan pakai tudung tayang dada. Bukan pakai tudung tapi berlengan pendek dan tidak berstokin di kakinya. Jagalah maruah, pergaulan dan adab kerana itulah harga diri paling mahal seorang muslimah.

Tuan-tuan dan Puan-puan, 

Hadiahkanlah buku ini kepada anak gadis kita bagi mengingatkan mereka tentang segala hukum-hakam Islam, tetapi dalam bentuk penceritaan santai. InsyaAllah dakwah sampai, hati yang baca pun akan tersentap mahu berubah!

Jom bertindak segera, beli 1 set sekarang pada harga RM36. Dapat pula 1 novel lain percuma.

Segera whatsapp wasap.my/60136844409/ustzsentap