Bab 1:Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan
bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal
dan mental. Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas
bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan.
Ia mengambil kira aspek pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan
fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan
dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan
berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu
agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas
sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang
diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu
mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita
moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah
peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa
untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.
Pemulihan kesihatan dalaman
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak perkara yang
mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis,
badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas
bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas
bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan
perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan
rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar,
pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.
Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat
bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat
bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.
Koyakan semasa bersalin
Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor.
Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung
semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan
perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada
bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan
dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak,
perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan
urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan
untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti
urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor
yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin
yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang
wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan
rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima.
Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses
rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan
Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu
memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung.
Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza
dengan kelahiran secara normal.
Apa lagi yang akan dikupas dalam bab ini
1.
Tujuan rawatan pantang
1.1
Tempoh rawat dan rehat
· Pemulihan kesihatan dalaman
· Pemulihan luaran
· Persediaan penjagaan bayi
· Menurunkan berat badan
1.2.
Fasa berpantang
· Fasa sebelum bersalin
· Fasa 44 hari
· Fasa 44 hari hingga 100 hari
· Fasa 100 hari dan seterusnya
·
Ubatan konvensional & tradisional
1.3
Pelan kecantikann & kesihatan
1.4
Senarai kelengkapan berpantang
1.5
Perancangan selepas pantang
· Tip untuk ibu/wanita hamil
· Tip untuk bapa
· Panduan selesai proses bersalin
Ringkasan Bab
Bab 1 Kehamilan
Bab 2 Diet Dan Pemakanan Semasa Hamil
Bab 3 Tips Sihat Ketika Hamil
Bab 4 Persediaan Bersalin
Bab 5 Pengalaman Bersalin
Bab 6 Rutin Rawatan Pantang
Bab 7 Tips Sihat Dalam Pantang
Bab 8 Sesi Penenang Semasa Pantang. Apa Yang Suami Perlu Praktik
Bab 9: Rutin Penjagaan Bayi Dalam Pantang
Bab 10 Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 11 Strategi Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 12 Tips Pemakanan Seimbang Dan Gaya Hidup Sihat
Bab 13 Fokus dan Konsisten
Bab 2 Diet Dan Pemakanan Semasa Hamil
Bab 3 Tips Sihat Ketika Hamil
Bab 4 Persediaan Bersalin
Bab 5 Pengalaman Bersalin
Bab 6 Rutin Rawatan Pantang
Bab 7 Tips Sihat Dalam Pantang
Bab 8 Sesi Penenang Semasa Pantang. Apa Yang Suami Perlu Praktik
Bab 9: Rutin Penjagaan Bayi Dalam Pantang
Bab 10 Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 11 Strategi Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 12 Tips Pemakanan Seimbang Dan Gaya Hidup Sihat
Bab 13 Fokus dan Konsisten
Harga RM30
PM saya untuk pesanan
Email: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 0136844409
Facebook: Suhaila Rahim
PM saya untuk pesanan
Email: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 0136844409
Facebook: Suhaila Rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan