Assalamualaikum,
Bagi mereka yang telah membaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki”
tulisan saudara Fathuri Salehuddin, sudah tentunya mahu memiliki buku keduanya
iaitu “Allah Tempat Meminta” (ATM). Alhamdulillah, saya juga telah berjaya
mengkhatamkan buku ini pada bulan lepas. Buku ini menghimpunkan 40 kisah
pengalaman pembaca buku MMR dan artis / penulis yang saya kagumi juga ada
menyumbangkan perkongsian pengalaman mereka dalam meminta pertolongan Allah dan
meletakkan pergantungan hanya kepada Allah semata-mata.
Jika anda masih belum membaca buku ini, pastikan anda membeli
dulu tisu muka kerana saya pasti airmata anda akan mengalir setiapkali terbaca
kisah-kisah yang menyentuh hati. Kadang-kadang kisah mereka begitu dekat dengan
saya kerana pengalaman kami hampir-hampir sama juga. Yang pasti, buku ini
banyak mengajar saya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah dan banyakkan
bersyukur di atas setiap nikmat yang Allah berikan. Jangan sesekali mengeluh
atau membanding-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana
Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Buku ini mengajar kita agar sentiasa bergantung kepada Allah
dalam apa jua keadaan dan situasi. Begitu juga dalam soal rezeki, bersangka
baik dengan Allah walaupun ketika kita sedang diuji dengan kesempitan wang.
Saya kongsikan salah satu kisah dari buku ini yang dihantar oleh abang Nazali
Noor yang merupakan seorang penulis buku Ulu Yam Di Liverpool (UYDL), di mana
beliau telah mendermakan not terakhir duit yang ada di dalam dompetnya di
masjid Penny Lane. Ketika itu abang Nazali dan isteri sedang memerlukan duit
untuk membeli tiket kapal terbang bagi keluarga mereka pulang bercuti di
Malaysia. Bukan sedikit yang diperlukan kerana keluarga Abang Nazali yang besar
paling kurang pun memerlukan sejumlah 5 angka juga untuk tiket dan lain-lain
perbelanjaan.
Sesungguhnya Allah yang maha pemberi rezeki dan perancanganNya
adalah yang terbaik buat kita. Abang Nazali telah mendapat tajaan lokasi
penginapan dan juga duit royalti buku UYDL sebelum balik ke Malaysia. Tengok?
Bermulanya derma yang bernilai £20 yang ikhlas, Allah kemudiannya memberi
balasan berpuluh-puluh kali ganda terus kepada abang Nazali. Hebat bukan?
Itu hanya satu kisah, bayangkan lagi ada 39 kisah yang pelbagai.
Memang tidak pernah jemu untuk membacanya kembali kerana ianya bagaikan satu
peringatan buat kita supaya sentiasa bersangka baik dan melakukan kebaikan
dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan dari Allah. Saya masih ingat lagi
buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) di mana ada dikongsikan cara-cara untuk
menjemput rezeki dan saya amalkannya. Masya Allah, dengan kuasa Allah memang
tak pernah putus rezeki yang Allah hadirkan dalam hidup saya. Setiap hari ada
sahaja tempahan dan pelanggan yang ingin membeli. Apabila rezeki mula
bertalu-talu masuk, saya jadi sibuk. Terlalu sibuk sehingga kadang-kadang mula
rasa tidak bersyukur atau dalam erti kata lain tamak.
Perkongsian di dalam buku ini memang banyak membuatkan saya
sedar bahawa tak semestinya apa yang kita mahukan Allah akan beri dan tak semestinya
apa yang kita hajati Allah tidak akan tunaikan cuma faktor masa sahaja yang
menentukan. Yang penting, jangan berhenti untuk berusaha kerana Allah mahu
menilai apa yang kita telah usahakan selama ini. Adakah secara
bersungguh-sungguh atau sambil lewa sahaja?
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini. Boleh beli
melalui Puan Anys Idayu Zakaria di sini : Anys Idayu Zakaria. Semoga apa yang saya
kongsikan di sini mendapat manfaat buat semua. Insya Allah. Pesanan buat
surirumah, jangan berhenti dalam menggali ilmu kerana tanpa ilmu siapalah kita.
--------------------------------------------
Rm25 harga termasuk pos.
Rm30 termasuk pos sabah sarawak
Tempahan --->
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
atau
Tel/SMS/WA 013.684.4409
Tiada ulasan:
Catat Ulasan