Teks : Pn. Nurhuda Aziziuddin
Gambar
: Pn. Nurhuda Aziziuddin
Pasti ramai yang telah memiliki buku
Mudahnya Menjemput Rezeki(MMR), karya Tn. Fathuri Salehuddin kan?
Alhamdulillah, tahniah kepada anda yang telah memilikinya. Semoga kita
sama-sama mendapat manfaat daripada pembacaan buku MMR ini dan didoakan juga
asbab daripada pembacaan buku MMR ini kita menjadi insan yang lebih baik di
sisiNya.
|
Buku MMR versi Penuh
|
Buku MMR ini dimiliki oleh saya pada
tahun 2012. Pada ketika ini saya akui yang saya cuai dalam menyempurnakan
ibadat-ibadat wajib. Saya berpendapat usaha yang gigih semata-mata adalah punca
untuk mendapatkan rezeki yang banyak. Oleh yang demikian, atas pemikiran inilah
saya lebih mementingkan kerja berbanding menyegerakan waktu solat.
Alhamdulillah pada minggu pertama
Ramadhan 2012, saya dapati ramai teman-teman ‘Facebook’ menulis berkaitan solat
dan puasa. Mereka menyatakan betapa ruginya orang-orang yang berpuasa tetapi
tidak bersolat. Apabila membaca status tersebut hati kecil saya rasa tersentap.
Di dalam hati saya mengakui yang sayalah di antara golongan-golongan yang
berpuasa tetapi mengambil mudah ibadah solat. Secara tiba-tiba hati saya rasa sayu
dan saya mula mencari apakah matlamat sebenar kehidupan saya? Apakah bekalan
saya di akhirat kelak? Adakah kerja yang sibuk sehingga mengabaikan solat ini
akan membantu saya di akhirat nanti?
Jawapannya, pastilah TIDAK bukan?
Alhamdulillah ketika bermonolog di
dalam diri dan mencari sesuatu, saya terbaca status Facebook seorang sahabat
yang memuatnaik muka depan buku MMR. Ulasan buku MMR yang dinyatakan oleh
sahabat saya ini benar-benar mengusik hati saya dan dengan tiba-tiba ada satu
keinginan yang kuat untuk saya memiliki buku MMR ini. Alhamdulillah
selepas 2 hari buku MMR berjaya saya miliki.
Agak memeranjatkan juga kerana buku
ini berjaya saya habiskan kurang dari 1 hari dan saya baca buku ini tanpa
lompat mukasurat. Susunan ayat di dalam buku MMR adalah ringkas mudah faham dan
meresap di dalam jiwa. Sedikit sebanyak perkongsian di dalam buku MMR ini
berjaya membuka satu lembaran baru dalam kehidupan saya. saya mula belajar
bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada saya.
Jika dahulu saya ambil mudah dengan rezeki-rezeki percuma yang
dikurniakan olehNya seperti udara, kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan.
Tetapi selepas membaca buku MMR ini saya merasakan betapa banyaknya nikmat
rezeki yang telah dikurniakan olehNya kepada saya walaupun saya lalai dalam
mengingatiNya. Dulu saya berfikiran rezeki = DUIT. Banyak duit bermaksud
banyaklah rezeki dan sebaliknya. Tetapi konteks rezeki adalah lebih banyak dan
pelbagai. Ianya bukan hanya dinilai dalam bentuk duit semata-mata.
Oleh yang demikian kepada
sahabat-sahabat yang merasakan rezeki mereka sempit, saya syorkan untuk
sahabat-sahabta memiliki buku MMR ini. Kita fahami maksud rezeki terlebih
dahulu. Mula bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada pada masa kini.
Berdoa, berdoa, berdoa dan berusaha insyaAllah rezeki kita akan sederas air
sungai dan seluas hamparan lautan. InsyaAllah.
Subhanallah, Allahuakhbar,
Alhamdulillah.
------------------------------
Buku - Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
Buku MMR RM18 + RM7 untuk kos penghantaran
RM25 Sebuah semenanjung
RM30 sabah sarawak
Tempahan --->
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
atau
Tel/SMS/WA 013.684.4409
Tiada ulasan:
Catat Ulasan