Jumaat, 24 April 2020

Membaca itu bosan?


Membaca itu Bosan? Ikuti 3 Langkah Ini Untuk Mengatasinya


.
Kebolehan membaca dan menulis amat penting kerana kebolehan ini menjadi kunci kepada perkembangan daya imaginasi, berkomunikasi dan membantu anak memperoleh maklumat.

.
Namun tidak dinafikan aktiviti membaca ini jika tak kena gaya boleh menyebabkan BOSAN kepada anak-anak anda.

.
Untuk atasinya, ikuti 3 Langkah ini:

1⃣ Sediakan Bahan Bacaan Sesuai Mengikut Umur

Tips ini amat penting untuk mengukur tahap kesesuaian penerimaan anak-anak terhadap bahan bacaan yang akan dibaca. Pastikan anda memilih bahan bacaan yang bersesuaian untuk menarik minat anak-anak.

.
2⃣ Jadikan Aktiviti Membaca Lebih Menyeronokkan

Anda boleh mencuba untuk gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza apabila membacakan buku kepada anak-anak. 

.
3⃣ Selang-selikan Aktiviti Lain 

Selitkan juga aktiviti seperti menulis dan mewarna semasa membaca untuk menarik minat anak anda. 😊

.
Anda juga boleh mencuba memberi bahan bacaan seperti buku yang sarat dengan ilustrasi menarik yang berwarna-warni supaya anak anda lebih teruja ketika membacanya.

.
Jika anda mahukan bahan bacaan seperti itu, saya ada ebook PERCUMA bertajuk "Buku Ramadhan Saya" yang amat sesuai untuk anak anda gunakan semasa berpuasa.

.
Ebook ini 100% PERCUMA dan anda boleh dapatkan pautan akses di link bit.ly/suerich2020

Khamis, 23 April 2020

Ebook percuma: Buku Ramadhan Saya


3 Aktiviti Di Rumah Bersama Anak.

.
Anak-anak yang bergerak aktif adalah petanda kepada anak-anak yang sihat dan bijak. Tetapi tidak dinafikan kita pasti akan risau jika anak-anak terlalu aktif dan lasak sehingga boleh menyebabkan kecedaraan.

.
Baiklah, mari saya cadangkan 3 aktiviti yang pastinya selamat dan santai untuk membantu anak-anak kekal aktif dan bermanfaat untuk perkembangan minda mereka.

.
1- Bermain Permainan Board Games Interaktif

Antara permainannya adalah seperti sahibbah, jutaria, saidina, chess dan sebagainya. 

Secara tak langsung, aktiviti ini membantu anak-anak berfikir secara kreatif dan kritis ketika membuat keputusan.

.
2- Aktiviti Mewarna

Aktiviti ini dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka sehingga mereka dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini.

.
3- Bercerita menggunakan role play

Permainan role play ini baik untuk melatih anak anda akan peranan orang lain.

Permainan ini juga dapat melatih anak anda berkomunikasi dengan baik dan sangat digalakkan mempelbagaikan penggunaan bahasa untuk melatih anak-anak anda.

.
Selain 3 aktiviti yang telah saya cadangkan dan bersempena Ramadhan yang bakal disambut esok, anda juga boleh mendapatkan ebook PERCUMA keluaran Dr Azuraida yang bertajuk "Buku Ramadhan Saya".

.
Ebook ini sangat sesuai untuk anak-anak anda kerana ia sarat dengan ilmu tentang puasa, penceritaan yang menarik dan santai yang pastinya membantu anak-anak anda memahami puasa dengan mudah.

.
Untuk mendapatkan Ebook PERCUMA ini, klik link ini 

Sabtu, 18 April 2020

Anda suka kucing?

Berita baik! Kajian menunjukkan membela seekor kucing boleh mengurangkan kadar stress seseorang.

Mengelus bulu kucing yang lembut lagi gebu dan menerima reaksi kedip-kedip mata si comel akan membuatkan seseorang itu kurang berisiko terkena serangan jantung dan strok!

Buat pencinta kucing di luar sana, apa kata ajarkan anak-anak seawal usia untuk menyayangi si manja. Dapatkan buku siri KUCING PALING - buku yang penuh aksi, info dan menghiburkan. Bacalah:

Kisah Kucing Paling Diva - Bayangkan hidup seekor kucing yang mewarisi segala kekayaan tuannya. Apabila seorang Datin Seri tiada zuriat anak, maka diwasiatkan semua harta buat si bulu kesayangan. Maka jadilah si kucing itu... kucing paling kaya dan paling diva di Malaysia! Tetapi ada saudara terdekat yang cemburu dan berdendam, maka si meow sila berjaga-jaga...

Cerita Kucing Paling Seram - Benarkah kucing hitam itu jelmaan hantu? Benarkan kucing hitam pembawa malang? Bacalah kisah ini dan perbetulkan persepsi tahyul. Tiada hantu dalam dunia, hanya gangguan jin dan syaitan semata-mata. Dan jangan sesekali salahkan kucing hitam yang comel sebenarnya!

Haa....  suruhlah anak-anak baca kisah-kisah ini.  Laras bahasa terjaga, mengetahui info berguna. Paling penting, menjadikan anak-anak lebih empati dan penyayang orangnya.

Harga tiga buku amat berpatutan, ada promosi istimewa lagi...  beli 3 percuma 1 novel lain pula! Ia khas sempena tempoh PKP sahaja. 

Jadi cepat-cepat Whatsapp link wasap.my/60136844409/novelkucing

Siri Buku Dakwah untuk gadis remaja


Tuan Puan ada anak gadis berusia 10 hingga 17 tahun yang terkurung sewaktu PKP ini di rumah? Asyik tonton filem Korea? Menghadap hiburan semata-mata?

Marilah tiupkan roh semangat Ramadan kepada mereka. Berikanlah hadiah set buku agama SIRI USTAZAH SENTAP!

Apa kandungan dalam buku ini? Bukan ceramah membosankan ✖️. 
Bukan buku agama serius yang buatkan anak-anak tidak faham ✖️. 

Ia kisah menarik seorang gadis penghafal Quran, belajar di madrasah Indonesia. Tiba-tiba perlu berpindah ke Kuala Lumpur.

Menetap di tengah bandar, dia terkejut dengan budaya remaja KL yang lepas laku, terlebih sosial, tidak menutup aurat dan bertepuk tampar bebas antara lelaki perempuan. 

Kisah ini kelakar sebab cara dakwahnya begitu unik.  Contoh: 

🌟 Diletakkan sempadan pada meja kantin sekolah, biar lelaki perempuan tak duduk semeja. 

🌟 Dirampas dan dibakar semua seluar sukan atlet lelaki sekolah kerana tak tutup lutut.

🌟 Dibaldikan kepala pelajar-pelajar perempuan yang tak bertudung.

Dakwahnya pelbagai hingga sentap orang sekitar! Paling utama dia mahu menyedarkan:

Gadis-gadis... tutuplah aurat dengan sempurna. Bukan pakai tudung tayang dada. Bukan pakai tudung tapi berlengan pendek dan tidak berstokin di kakinya. Jagalah maruah, pergaulan dan adab kerana itulah harga diri paling mahal seorang muslimah.

Tuan-tuan dan Puan-puan, 

Hadiahkanlah buku ini kepada anak gadis kita bagi mengingatkan mereka tentang segala hukum-hakam Islam, tetapi dalam bentuk penceritaan santai. InsyaAllah dakwah sampai, hati yang baca pun akan tersentap mahu berubah!

Jom bertindak segera, beli 1 set sekarang pada harga RM36. Dapat pula 1 novel lain percuma.

Segera whatsapp wasap.my/60136844409/ustzsentap