3 Aktiviti Di Rumah Bersama Anak.
.
Anak-anak yang bergerak aktif adalah petanda kepada anak-anak yang sihat dan bijak. Tetapi tidak dinafikan kita pasti akan risau jika anak-anak terlalu aktif dan lasak sehingga boleh menyebabkan kecedaraan.
.
Baiklah, mari saya cadangkan 3 aktiviti yang pastinya selamat dan santai untuk membantu anak-anak kekal aktif dan bermanfaat untuk perkembangan minda mereka.
.
1- Bermain Permainan Board Games Interaktif
Antara permainannya adalah seperti sahibbah, jutaria, saidina, chess dan sebagainya.
Secara tak langsung, aktiviti ini membantu anak-anak berfikir secara kreatif dan kritis ketika membuat keputusan.
.
2- Aktiviti Mewarna
Aktiviti ini dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka sehingga mereka dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini.
.
3- Bercerita menggunakan role play
Permainan role play ini baik untuk melatih anak anda akan peranan orang lain.
Permainan ini juga dapat melatih anak anda berkomunikasi dengan baik dan sangat digalakkan mempelbagaikan penggunaan bahasa untuk melatih anak-anak anda.
.
Selain 3 aktiviti yang telah saya cadangkan dan bersempena Ramadhan yang bakal disambut esok, anda juga boleh mendapatkan ebook PERCUMA keluaran Dr Azuraida yang bertajuk "Buku Ramadhan Saya".
.
Ebook ini sangat sesuai untuk anak-anak anda kerana ia sarat dengan ilmu tentang puasa, penceritaan yang menarik dan santai yang pastinya membantu anak-anak anda memahami puasa dengan mudah.
.
Untuk mendapatkan Ebook PERCUMA ini, klik link ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan