Jumaat, 24 April 2020

Membaca itu bosan?


Membaca itu Bosan? Ikuti 3 Langkah Ini Untuk Mengatasinya


.
Kebolehan membaca dan menulis amat penting kerana kebolehan ini menjadi kunci kepada perkembangan daya imaginasi, berkomunikasi dan membantu anak memperoleh maklumat.

.
Namun tidak dinafikan aktiviti membaca ini jika tak kena gaya boleh menyebabkan BOSAN kepada anak-anak anda.

.
Untuk atasinya, ikuti 3 Langkah ini:

1⃣ Sediakan Bahan Bacaan Sesuai Mengikut Umur

Tips ini amat penting untuk mengukur tahap kesesuaian penerimaan anak-anak terhadap bahan bacaan yang akan dibaca. Pastikan anda memilih bahan bacaan yang bersesuaian untuk menarik minat anak-anak.

.
2⃣ Jadikan Aktiviti Membaca Lebih Menyeronokkan

Anda boleh mencuba untuk gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza apabila membacakan buku kepada anak-anak. 

.
3⃣ Selang-selikan Aktiviti Lain 

Selitkan juga aktiviti seperti menulis dan mewarna semasa membaca untuk menarik minat anak anda. 😊

.
Anda juga boleh mencuba memberi bahan bacaan seperti buku yang sarat dengan ilustrasi menarik yang berwarna-warni supaya anak anda lebih teruja ketika membacanya.

.
Jika anda mahukan bahan bacaan seperti itu, saya ada ebook PERCUMA bertajuk "Buku Ramadhan Saya" yang amat sesuai untuk anak anda gunakan semasa berpuasa.

.
Ebook ini 100% PERCUMA dan anda boleh dapatkan pautan akses di link bit.ly/suerich2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan