Rabu, 6 Mei 2020

Siri Buku thriller


*COPYWRITING SIRI AKADEMIK THRILLER*

Pelajar stress dan depresi. Sampai sanggup beli soalan bocor. Menipu sewaktu periksa dengan pelbagai taktik dan helah. Segalanya semata-mata mahu mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan. Malah ada yang jadi tertekan perasaan?

Itulah yang berlaku masa kini. Remaja kita dibebankan dengan persepsi bahawa manusia hanya boleh berjaya jika cemerlang akademiknya. Jika tidak pandai? Pasti dipandang rendah dan hina. 

Sebenarnya objektif belajar itu mestilah kerana dahagakan ilmu dan mencari berkatnya. Bukan mahu dambaan dan pujian manusia semata. 

SIRI AKADEMIK THRILLER ini sarat pengajaran dan peringatan, bahawa akademik memang sasaran utama hidup seseorang... namun jangan dilupa aspek agama, keluarga dan resam masyarakat yang sepatutnya.

Sinopsisnya sangat menarik, antaranya:

*A atau Mati*
Bayangkan sebuah dunia dengan sistem pendidikan yang berlainan. Ia dipanggil peperiksaan merah. Jika dapat gred A, calon akan dibenarkan terus hidup. Jika tidak? Maka akan menerima hukuman iaitu merasai kematian! Maka setiap pelajar belajar dalam ketakutan. Bukan kerana cintakan ilmu, tetapi kerana tekanan. Ia simbolik dengan apa yang kita lihat sekarang... anak-anak belajar kerana takut hukuman dan dimarahi ibu bapa. Akhirnya? Ilmu itu tidak ke mana... 

*B UNTUK BUNUH*
Terlalu mengejar tawaran biasiswa... sehingga seorang pelajar sanggup menyingkirkan setiap pesaing dengan apa cara sekalipun... sehingga membunuh! Itu bersamaan realiti dunia masa kini... pelajar kita sanggup buat apa sahaja demi sekeping sijil pengiktirafan akademik. Menipu guru. Membawa nota secara rahsia. Itulah dosa demi dosa yang sanggup dipikul, semata-mata mahu terlihat hebat dalam akademik. Akibatnya, ilmu tidak berkat, hidup pun tidak senang seperti yang diharap.

*C KENA CULIK*
Ini satu-satunya siri kelakar yang mendebarkan. Apabila sekumpulan murid marah kerana asyik dapat markah C... mereka akhirnya merancang mahu menculik guru sendiri! Lalu perancangan dibuat... satu demi satu peta minda dilakar. Ish... orang sibuk belajar, dia sibuk mahu membalas dendam! Bacalah buku ini... ada kejutan terakhir pada penghujung misi. Paling penting, ia memberi peringatan... dalam mencari ilmu pengetahuan, penghormatan kepada seorang guru itu amat penting ya!

*D MACAM DAJAL* 
Kisah 2 dalam 1... tentang peperiksaan dan pembulian. Ia dua rencah utama ketika di alam persekolahan. Tambah-tambah lagi di sekolah berasrama penuh, di mana senior-senior begitu berkuasa dan dominan. Ia tentang kumpulan bernama DAJAL yang membuli adik-adik junior setiap masa dan ketika. Sehinggalah ketika kumpulan DAJAL menghadapi peperiksaan genting SPM, kali ini mereka pula menerima padah apabila disabatoj teruk oleh semua junior yang pernah dibuli sepanjang di asrama. Buku bertemu ruas, barulah mereka faham perasaan pihak yang dianiaya. 

Belikanlah siri AKADEMIK THRILLER ini buat anak-anak remaja yang bersekolah menengah. Mereka pasti dapat 1001 pengajaran berharga di samping menahan debar di dada membaca novel-novel thriller.

Tambah hebat kali ini, ada promosi sempena PKP... dengan setiap pembelian 4 buku dalam siri ini, pembeli akan dapat 1 novel percuma bernilai RM12. 

Call atau Whatsapp 013-6844409 @ klik link wasap.my/60136844409/bukuthriller

Tiada ulasan:

Catat Ulasan