Jumaat, 18 September 2015

Buku: Tok Guru Sebuah Biografi Awal


Tok Guru Sebuah Biografi Awal 

RM30, kulit tebal RM7 pos


Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Buku: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Harga RM35 pos RM7

Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Buku:Rich Woman




Rich Woman terbitan PTS, Kulit Tebal. RM30, pos RM7


Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Rabu, 16 September 2015

Promosi Ebook,


Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari. Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja. Wajib ada : 1) Tabung modal (khusus untuk bisnes) 2) Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya. 3) Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini) Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian. Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50 untuk 3 Ebook. Jadi dapatkan tiga ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Selasa, 8 September 2015

'Mintalah kepada Allah walaupun garam' - Buku Bertanya Allah Dahulu (BAD)


.
''Mintalah kamu kepada Allah set walaupun garam untuk makanan kamu. Ertinya sekecil apapun juga, hendaklah berdiri di hadapan pintu Allah swt, yang mana orang yang berdiri di hadapan pintu Allah tidak akan kembali dengan tangan kosong.
.
Jangan kamu tanya, jangan kamu minta kepada anak-anak adam. Mintalah kepada Zat yang pintunya tak pernah ditutup iaitu Allah swt. 24 jam.
.
Bila nak minta, terserah. Allah akan marah kalau orang itu tidak minta kepada Allah swt. Allah, kalau tak diminta, Dia marah. Manusia, kalau banyak diminta, dia yang marah.
Allah suka kepada orang yang suka meminta kepada Dia''
.
.
Teknik BAD menekankan perkara ini, supaya kita sebagai hambanya sentiasa meminta-minta hanya daripada Dia.
.
.
Petikan buku BAD (BERTANYA ALLAH DAHULU).

--------------------------------------------------

Buku - Bertanya Allah Dahulu (BAD)


Bagi yang berminat untuk dapatkan buku ini hanya RM35 harga termasuk pos semenanjung
RM38 harga termasuk pos sabah sarawak

Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Rabu, 19 Ogos 2015

Buku: Bertanya Allah Dahulu



ALLAH TAK DENGAR DOA AKU KE?

Ebook List To-Do sudah diberi pada malam tadi.
Terharu ada orang PM pukul 4.48 pagi menunggu ebook dihantar.
.
.
Memang saya janji pukul 5.30 pagi.
Saya tergerak hantar malam tadi.
Rupanya habis je blast ebook pada semua, screen laptop terus gelap dan shut down.
.
Bila rasa kejadian tu buat ‪#‎TeknikBAD‬,
"Ya Allah, hidupkanlah laptop ni. Cuak tengok."
Sebab laptop tu bukan saya punya, pinjam laptop rakan hati.
Bila on pagi ni, legaaa...
.
Laptop sendiri sudah 2 bulan memang tamat riwayat.
Sudahnya setiap kerja penulisan, paperwork, slide presentation dan tesis dibuat di cyber universiti.
Membuatkan masa itu dihargai kerana cyber buka sampai pukul 6.45 petang je.
Malam saya menulis di notes ipad, sent ke emel sendiri kemudian esoknya copy masuk dalam doc.
.
Dan saya tak beritahu pada parents laptop rosak.
Ada satu masa my umi tanya, "Ada apa-apa nak bagi tahu?"
Umi boleh detect bila saya tengah stress, gembira atau nangis hanya melalui tone suara.
Memang la naluri seorang ibu kuat sungguh.
.
Saya minta kat Allah,
"Ya Allah, aku berjaya dapat macbook air 13 inch secara mudah, percuma, berkat dan tanpa hutang."
Kemudian serah.
Dapat tak dapat jatuh nombor dua.
Yang penting, minta.
Saya pernah rasa bila apa yang diminta tak dapat.
Memang rasa down sangat kan?
Mula la dalam minda, "Kenapa tak dapat? Allah tak dengar doa aku ke?"
.
"Buat solat dhuha tu kerana Allah. Bukan buat kerana nak dapat apa yang kita minta."
*dush dush. Tersentap.
Kerana itu penting untuk kita berserah.
Kita dah usaha, kemudian let it gooo.
.
.
.
Oleh Hajar Abdullah 
.
.
.
Baca lebih banyak kisah-kisah seperti ini dalam 'Bertanya Allah Dahulu'
--------------------------------------------------

Buku - Bertanya Allah Dahulu (BAD)


Bagi yang berminat untuk dapatkan buku ini hanya RM35 harga termasuk pos semenanjung
RM38 harga termasuk pos sabah sarawak

Tempahan ---> 
http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

atau 
Tel/SMS/WA 013.684.4409

Buku: 'Aku, Dia & Rezeki'



Sedikit ujian itulah hikmah.
.
.
Sambil bersandar dan berlunjur di dinding masjid, berhadapan dengan pintu masuk pejabat zakat. Kelihatan seorang pemuda keluar dengan senyuman.
Dia bersalaman dengan Pengawal Keselamatan yang bertugas di pintu masuk.

"Dah dapat duit, masukkan sedikit ke dalam tabung derma, insyaAllah, rezeki saudara akan bertambah." begitulah pesanan Pengawal Keselamatan itu.

Namun, pemuda itu terus sahaja keluar dan mencari seliparnya. Pencariannya gagal. Seliparnya langsung tidak ditemui. Saya pun rasa pelik. Bukannya ramai sangat manusia di pejabat zakat itu.

Pemuda itu termenung seketika, sambil bercekak pinggang. Mungkin dia mengubah pendiriannya. Pemuda itu masuk semula ke dalam masjid. Kelihatan dia membuka sampul. Sekali lagi pemuda itu termenung.

Kemudian barulah dia memasukkan wang derma. Pemuda itu terus pergi ke ruang wuduk. Seketika kemudian, saya nampak pemuda itu sedang bersolat.
Usai bersolat. Dia bergegas keluar. Dan mencari seliparnya. Dia memandang saya dan Pengawal Keselamatan sambil ketawa. Rupanya seliparnya tidak hilang.

Dia bergegas ke arah parkir motor. Sebaik dia mahu menghidupkan enjin.

Kami tergamam kerana seorang lelaki berpakaian lengkap baju Melayu menjerit ke arah pemuda itu.

"Hello, helllo ... saudara!"Pemuda itu tergamam.
"Ini motor kamu?" tanya lelaki berbaju Melayu itu.
"Ya, kenapa tuan?" pemuda itu pula terpinga-pinga.
"Kamu jual susu kambing?" sambil lelaki itu memandang kotak jualan di atas motor pemuda itu.Saya tidak mendengar perbualan mereka kerana melihat nombor giliran, takut terlepas.

Tidak lama kemudian. Pemuda itu masuk semula ke dalam ruang solat.
Pemuda itu kelihatan sujud.

Saya dan Pengawal Keselamatan berpandangan sesama sendiri. Kehairanan.
Sewaktu pemuda itu keluar dari ruangsolat. Pengawal Keselamatan itu memanggilnya. Sekadar hendak mengetahui apa yang berlaku, sehingga pemuda itu sujud.

Rupanya. Sewaktu hendak keluar di awalnya. Dia langsung tidak dapat mencari seliparnya yang disangka hilang. Hikmahnya. Allah memberikan ruang untuknya supaya bersolat sunat terlebih dahulu. Usai bersolat. Tiba-tiba sahaja seliparnya ada ditempatnya.

Sewaktu hendak bersedekah. Waktu dia membuka sampul duit. Yang ada hanyalah wang ringgit dan semuanya RM50. Tiada pilihan. Dia nekad.

"Ya Allah, aku tidak pernah menderma sebanyak ini, namun aku percaya kepada rezeki dari MU." Kemudian dia melakukan solat sunat Dhuha.
Waktu hendak pulang. Rupanya, lelaki berbaju Melayu itu telah lama mencari susu kambing asli. Susu itu mahu di serahkan kepada sebuahasrama anak-anak yatim. Dan lelaki itu telah membuat tempahan awal.

"Dia bayar dengan upah sekaligus ... "
"Berapa banyak yang diaorder?" saya mencelah dengan penuh minat.
"RM3,000 bang ... ." Pemuda itu menjawab dengan mata berkaca.
.
.
Baca lebih banyak kisah-kisah seperti ini dalam BUKU AKU, DIA & RZEKI

Tempahan buku: http://gedung-ilmu-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html